Collagen ST (Collagen Tripeptide)

EN | CH

NatureRich Collagen ST (Collagen Tripeptide)

10g x 20 sachet / kotak

     

NatureRich Collagen ST diformulasi dengan collagen tripeptide (CTP, sumber laut) Serbuk Membran Telur dan Ekstrak Dahan Silver Fir untuk membantu mengekalkan ketegangan, keanjalan, kecerahan & keremajaan kulit.


Tiada gula tambahan, bahan pengawet dan pewarna tiruan. Kolagen berperisa buah markisa yang berasa enak dan menyegarkan.



HARGA: RM198.00

KOD PRODUCK : WCST0020 



Ciri-ciri Product & Manfaat Utama

 

Collagen tripeptide (CTP)

  • Molekul kolagen yang terdapat di dalam makanan wujud dalam bentuk rantaian yang panjang (kira kira 3,000 asid amino) dan terlalu besar untuk diserap dari usus.
  • Manakala kebanyakan supplemen kolagen dalam pasaran mengandungi kolagen dalam saiz sekitar 30-100 asid amino.
  • CTP adalah unit kolagen yang paling kecil .
  • CTP terdiri daripada 3 asid amino (Glycine- Proline- Hydroxyproline), yang merupakan tripeptida yang paling umum dalam kolagen.
  • Mudah diserap ke dalam badan dan berada dalam kepekatan yang tinggi.
  • Berat molekul CTP hanya sekitar 500 dalton (Da), 600 kali lebih kecil dibandingkan dengan molekul kolagen biasa .
  • Dengan saiz molekul yang kecil,  NatureRich Collagen ST lebih mudah dan cepat diserap ke dalam badan 



Serbuk Membran Telur

  • Sumber semula jadi yang mengandungi kolagen, elastin, asid hyaluronik, glukosamin, keratin dan sebagainya.
  • Proses pembuatan yang telah dipatenkan, bebas daripada pelarut kimia.


Manfaat utama terhadap kulit:

  • Meningkatkan keanjalan kulit.
  • Meningkatkan fungsi rintangan kulit (contoh: daripada kemasukan bakteria).
  • Mengekalkan kulit cerah dan mengurangkan pigmentasi.



Ekstrak Dahan Silver Fir

Kaya dengan polifenol yang bertindak sebagai antioksidan untuk memastikan kulit sihat dan berseri.

  • Meningkatkan kandungan kolagen dan kelembapan pada kulit.
  • Meningkatkan fungsi rintangan dan keanjalan kulit.
  • Pelindungan daripada sinaran matahari (UV), sebagai contoh, menghalang kulit menjadi lebih gelap apabila di bawah cahaya matahari yang terik.


BELI SEKARANG

KONGSI

FAedah:

  • Menggalakkan penghasilan kolagen dan pertumbuhan semula kulit
  • Kulit wajah cantik berseri menerusi pencerahan dan perataan warna
  • Memulihkan ketegangan, keanjalan dan kelembapan kulit
  • Melindungi kulit daripada sinaran matahari terik

       (Sinaran UV)


Setiap Sachet Mengandungi:

  • Hydrolysed Marine Collagen Tripeptide (CTP)
  • Eggshell Membrane Powder
  • Silver Fir Branch Extract
  • Oat Flour, Maltodextrin, Passion Fruit Powder


cara Penggunaan:

Campurkan 1 sachet (10g) NatureRich Collagen ST ke dalam 200ml air, kacau sebati dan minum. Minum 1-2 hidangan sehari. Dicadangkan sebaiknya menggunakan shaker.

Soalan lazim


 

1.    Apakah sumber Collagen ST?

Collagen ST diperbuat daripada sumber laut (ikan).

 

2.    Apakah perisa Collagen ST? Adakah ia berbau hanyir?

Collagen ST berperisa buah markisa yang enak dan menyegarkan.

 

3.     Bolehkan saya memgambil Collagen ST jika mempunyai alahan terhadap makanan laut/ikan?

Collagen ST diperbuat daripada sumber laut iaitu ikan, sila berbincang dengan doktor jika anda mempunyai alahan terhadap makanan laut/ikan.

 

4.    Kenapa Collagen ST sukar larut di dalam air dan kelihatan keruh?

Ini disebabkan Serbuk Membran Telur yang mempunyai kelarutan air yang rendah. Collagen ST boleh disediakan dengan cepat dan mudah dengan shaker.

Serbuk Membran Telur mempunyai kesan mencantikkan kulit, meningkatkan fungsi rintangan kulit dan ketegangan kulit.

 

5.    Adakah Collagen ST mengandungi gula? Rasanya manis.

Formulasi Collagen ST tidak mengandungi gula tambahan, rasa manis berasal dari serbuk buah markisa.

 

6.    Adakah Collagen ST sesuai untuk pesakit diabetes?

Sila berbincang dengan doktor anda sebelum mengambil Collagen ST.

 

7.    Bolehkah Ibu hamil atau yang sedang menyusu mengambil Collagen ST?

Collagen ST tidak mengandungi bahan yang memudratkan kesihatan tetapi kami mengesyorkan anda berbincang dengan doctor sebelum mengambil sebarang product supplemen.

 

8.    Bagaimana cara penggunaan Collagen ST? Bolehkah diambil terus dari sachet?

Serbuk Collagen ST adalah amat halus. Walaupun tidak membahayakan sekiranya diambil terus dari sachet, tapi kami mengesyorkan untuk mencampurkan ke dalam 200ml air atau minuman pilihan anda, lebih baik jika menggunakan shaker.

 

9.    Bilakah waktu terbaik untuk mengambil Collagen ST?

Boleh diambil pada bila bila masa sepanjang hari, sebelum atau selepas makan pun tiada masalah.

 

10. Bolehkah saya mengambil Collagen ST ketika mengalami haid?

Tiada masalah, Collagen ST tidak membawa sebarang kesan buruk ketika haid.

 

11. Berapa lama kesannya akan kelihatan setelah mengambil Collagen ST?

Kesan pada setiap individu adalah berbeza. Sebilangan mungkin dapat melihat kesan segera manakala yang lain mungkin memerlukan masa yang lebih lama. Sila mengambil minuman kolagen ini sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk kesan yang terbaik . Cuba perhatikan perbezaan kulit anda dalam masa 28 hari**.

** Kesan mungkin berbeza pada setiap individu.

 

12. Adakah saya perlu sentiasa mengambil Collagen ST sekiranya sudah berpuas hati dengan kesannya?

Disarankan untuk mengambil Collagen ST setiap hari tetapi mengurangkan jumlah hidangan kepada hanya satu sachet sehari untuk mengekalkan keberkesanan produk. Adalah penting untuk pengetahuan anda bahawa penghasilan kolagen akan berkurangan semasa usia kita meningkat. Di samping itu, faktor-faktor lain seperti tekanan, cara pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang akan mempercepatkan proses penuaan kulit.

 

13. Adakah Collagen ST sesuai untuk Vegetarian?

Collagen ST diperbuat daripada sumber laut (ikan) dan telur.

 

14. Adakah Collagen ST HALAL?

Ya, Collagen ST telah disahkan HALAL oleh JAKIM. 



15. Saya baru berusia 20-an, adakah saya perlu mengambil kolagen?

Jumlah kolagen di dalam badan mula menurun sejak umur 20-an. Faktor lain seperti sinaran matahari dan tekanan boleh mempercepatkan kadar kehilangan kolagen. Jadi semakin awal anda mula mengambil kolagen, semakin bagus kesannya. 

 

16. Adakah lelaki boleh minum Collagen ST?

Boleh, Collagen ST boleh diminum tanpa mengira jantina dan umur.

Share by: