Daripada Ikan Yu Kepada Minyak Hati Ikan Yu

Minyak Hati Ikan Yu AKG didapati daripada spesies ikan ‘Dog Fish’. Panjang ikan ini adalah 3-4 kaki sahaja dan ia bukanlah Ikan Yu yang kita sering lihat di dalam filem, jadi anda tidak perlu risau kerana ia bukan spesies Ikan Yu yang akan pupus.


Pada tahun 1922, saintis Jepun Mitsumaru Tsujimoto telah menemukan Alkylglycerols (AKG) pada minyak hati Ikan Yu.


Pada tahun 1950an pula, seorang doktor pakar leukemia yang berkhidmat di hospital kanak-kanak telah mendapat ilham untuk merangsang produksi sel darah putih dan melakukan kajian tentang tulang sum-sum.


Setelah beberapa tahun melakukan kajian tersebut, pada tahun 1952 doktor yang berasal dari Sweden, Astrid Brohult dan suaminya, Professor Sven Brohult telah mengesahkan bahawa Alkylglycerols (AKG) adalah bahan aktif yang penting dalam tulang sum-sum dan ia terdapat pada minyak hati Ikan Yu dengan kandungan yang tinggi.


Usaha dan kehebatan kerja mereka sangat dihargai kerana mereka telah memberikan peluang kepada kita atas penemuan rahsia imun ini kepada minyak Ikan Yu. 



Ketahui lebih lanjut:

Maklumat Lanjut
Share by: