Mixed Multigrain with Soy Protein and Matcha Drink

EN | CH

MIXED MULTIGRAIN WITH SOY PROTEIN & MATCHA DRINK  (600g)


Pengganti sajian dengan 18 jenis bijirin penuh, serbuk teh hijau, protein soya, serat larut dan tepung oat. Ia merupakan minuman berkhasiat dengan nutrien seimbang dan membantu pengurusan berat badan.



HARGA : RM148.00                  

KOD PRODUK :   WMAT0600



FAEDAH UTAMA

 

  • Kalori yang rendah, hanya 120 kcal setiap hidangan
  • Tinggi protein (6g setiap hidangan)
  • Tinggi serat
  • Kaya dengan kandungan serat, tinggi protein, rendah lemak, dan bebas kolesterol, membantu mengawal berat badan 
  • Tidak menggunakan teknologi penggabungan gen (Non-GMO)
  • Tidak mengandungi bahan pengawet, pewarna atau perisa tiruan 

 


BAHAN UTAMA

1. 18 Jenis Bijirin Penuh

 

  • Beras Perang Tanpa Gilap, Kacang Hijau, Kacang Soya Hitam, Jagung, Kacang Perang, Gandum, Kacang Soya, Kacang Kuda, Millet, Beras Merah, Almond, Bijan Hitam, Kacang Merah, Kacang Pea, Beras Pulut Hitam, Barli, Biji Lotus, dan Biji Rami
  • Persatuan Jantung Amerika menyarankan pengambilan bijirin penuh setiap hari
  • Kandungan zat khasiat lebih tinggi daripada bijirin halus
  • Sumber nutrisi yang baik termasuk serat, beta glucan dan nutrien penting seperti Vitamin B1, B2, Besi, Magnesium dan sebagainya

 


2. Protein Soya

 

  • Protein adalah komponen penting bagi setiap sel badan. Ia membantu membina dan membaiki sel dan tisu badan, termasuk kulit, rambut, otot dan tulang
  • Serat makanan yang tinggi dan kandungan protein berasaskan tumbuhan memberi kesan kenyang yang lebih lama

 


3. Serat Larut

 

  • Meningkatkan pengambilan serat harian
  • Menggalakkan pergerakan usus yang sihat
  • Membantu mengawal paras gula dalam darah

 


4. Matcha

- Tinggi antioksidan

Satu cawan teh Matcha mempunyai kadar antioksidan yang sama dengan 10 cawan teh hijau biasa, melindungi kulit daripada sinaran UV (penuaan kulit). Hasilnya, kulit awet muda dan berseri


- Meningkatkan metabolisma dan membakar kalori 

Menurut kajian matcha meningkatkan metabolisma dan kadar pembakaran lemak sebanyak empat kali ganda


- Mengekalkan sistem penghadaman yang sihat

Matcha mengandungi serat yang tinggi, membantu mengurangkan rasa lapar dan menggalakkan tabiat usus yang sihat

BELI SEKARANG

SHARE

Sesuai untuk semua peringkat umur:
- Individu yang berlebihan berat badan 
- Individu yang mementingkan kesihatan
- Individu dewasa
- Pelajar
- Warga emas
- Semua ahli keluarga

Cara Penyediaan:
Campurkan 2 sudu besar (30g) serbuk ke dalam 200ml air dengan suhu bilik atau air suam. Kacau rata dan minum. Dicadangkan sebaiknya mengguna shaker.

 

Soalan Lazim

 


 

1. Adakah produk ini mengandungi gula? Rasanya manis.
Rasa manis adalah dari fruktosa atau gula semula jadi yang terdapat di dalam bahan tersebut. Fruktosa tidak akan meningkatkan paras gula dalam darah.

 

2. Ramuan pada bungkusan mengandungi krimer bukan tenusu, mengapa ia masih mengandungi protein susu?
Bukan tenusu tidak bermakna bebas susu. Produk yang dilabelkan sebagai bukan tenusu mungkin mengandungi susu dalam bentuk kasein (protein susu). Pengguna yang mempunyai alahan terhadap susu harus berhati-hati tentang produk makanan yang dilabel sebagai bebas tenusu atau bukan tenusu.

 

3. Bolehkah produk ini dihidangkan dengan air panas? 
Ia boleh dihidangkan sama ada sejuk atau suam tetapi tidak digalakkan dengan air panas.
• Untuk dihidangkan suam: Gunakan air suhu bilik untuk melarutkan serbuk dahulu dan kemudiannya tambah dengan air panas.
• Untuk dihidangkan sejuk: Tambah air sejuk dan sedikit kiub ais (rasa enak seperti milkshake)

 

4. Adakah protein soyanya daripada soya GMO?
Tidak, produk ini hanya mengunakan kacang soya bukan GMO.


5. Apakah kebaikan Omega-3?
Omega-3 sebagai asid lemak penting yang membantu untuk mengekalkan kesihatan jantung, otak dan mata.

 

6. Adakah produk ini sesuai untuk individu yang mempunyai masalah gout?
Secara amnya, bijirin penuh sesuai untuk pesakit yang menghadapi masalah asid urik atau gout yang tinggi. Walau bagaimanapun, disarankan untuk memantau keadaan sendiri dan merujuk kepada doktor sekiranya terdapat sebarang masalah.

 

7. Adakah produk ini sesuai untuk pesakit diabetes?
Ia mengandungi bijirin penuh dengan pelbagai nutrien, terutamanya serat makanan, vitamin, mineral, protein dan antioksidan, sesuai untuk mereka yang mengalami paras gula dalam darah tinggi. Serat larut yang diperoleh daripada jagung boleh membantu melambatkan penyerapan dan peningkatan glukosa darah; ia juga membantu menurunkan paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang. Bagaimanapun, pesakit diabetes dinasihatkan untuk memantau paras gula dalam darah selepas mengambil produk ini. Sila dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi sekiranya terdapat sebarang masalah.

 

8. Bolehkah pesakit G6PD mengambil produk ini?
Ia tidak mengandungi sebarang kacang parang, tetapi kami tidak boleh mengesahkan sepenuhnya sama ada terdapat sebarang pencemaran daripada bahan mentah atau kehadiran bahan lain yang boleh mencetuskan simptom G6PD. Sila rujuk kepada doktor anda untuk mendapatkan nasihat.

 

9. Bolehkah pesakit buah pinggang/rawatan dialisis mengambil produk ini?
Boleh tetapi jangan berlebihan. Adalah disarankan untuk memantau keadaan sendiri dan jangan mengambil terlalu banyak cecair jika menghidapi masalah buah pinggang. Untuk nasihat lebih lanjut, sila rujuk kepada doktor anda.

 

10. Bagaimana jika saya mempunyai masalah ketidakseimbangan hormon, bolehkah saya mengambil produk ini?
Tiada sebarang maklumat mengenai kandungan phytoestrogen dalam produk ini. Sekiranya anda tidak boleh mengambil kekacang, bijirin, kacang soya, atau sebarang bahan yang disenaraikan pada pembungkusan dalam pemakanan harian, elakkan mengambil produk ini.

 


 

11. Adakah produk ini sesuai untuk ibu hamil dan ibu menyusu?
Ya. Pengambilan bijirin penuh dan serat yang tinggi semasa mengandung membantu kawalan paras gula dalam darah dan memberikan rasa kenyang untuk wanita hamil. Selain itu, vitamin dan mineral seperti zat besi dan kalsium daripada bijirin penuh adalah nutrien yang diperlukan oleh ibu mengandung. Bijirin penuh juga membantu untuk merangsang penghasilan susu ibu.

 

12. Mengapakah rasa dan warna produk ini tidak konsisten? 
Rasa dan warna mungkin sedikit berbeza dengan setiap kelompok kerana ia dihasilkan dengan bahan semula jadi. Tiada pewarna dan perisa tiruan digunakan.

 

13. Bolehkah kanak-kanak mengambil produk ini?
Ya, kanak-kanak berumur dua tahun ke atas boleh mengambil produk ini. Ia merupakan sarapan berkhasiat sebelum ke sekolah.

 

14. Adakah produk ini HALAL?
Ya, produk ini telah diiktiraf Halal oleh JAKIM.

 

15. Saya ingin menurunkan berat badan, apakah cadangan untuk mengambil produk ini?
Gantikan sarapan pagi dan makan malam dengan produk ini. Campurkan 2 sudu besar (30g) serbuk ke dalam 200ml air dengan suhu bilik atau air suam. Kacau rata dan minum. Anda masih boleh makan seperti biasa pada waktu tengahari. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak, gula, garam atau makanan goreng. Pada masa yang sama, senaman yang mencukupi boleh membantu penurunan berat badan.

 

Share by: